WATIKAH PERLANTIKAN

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS PSS


Read more...

KURSUS PENGAWAS PSS

KURSUS PEMANTAPAN TUGAS DAN PERANAN PENGAWAS PSS


Read more...

AKTIVITI PINJAMAN BUKU

BERSAMA PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM TERENGGANU
(PERPUSTAKAAN BERGERAK)


Read more...

AKTIVITI GOTONG ROYONG

BERSAMA PELAJAR IPGM KAMPUS DATO' RAZALI


Read more...

PERTANDINGAN BERCERITA

ANJURAN JAWATANKUASA PSS


Read more...

KATA-KATA ALUAN GURU MEDIA







Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia.




      Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, kita masih diberi ruang dan peluang untuk meneruskan lagi tugas dengan penuh  ikhlas dan dedikasi ke arah pembangunan Pusat Sumber Sekolah(PSS).

      Sesungguhnya PSS merupakan sebuah agensi yang amat penting dalam sesebuah sekolah yang menyediakan pelbagai khidmat ke arah peningkatan proses P&P yang lebih berkesan. PSS juga membolehkan guru-guru mendapatkan maklumat dan menjadikan sumber rujukan ke arah peningkatan prestasi pelajaran dan pencapaian akademik.

      Kepada semua guru adalah diharapkan semoga dapat memanfaatkan kemudahan PSS yang ada dan kepada semua guru penyelaras bilik di bawah pengurusan PSS, saya berharap semoga segala usaha dan komitmen yang diberikan selama ini diteruskan lagi dan diperkasakan selaras dengan arus pembangunan pendidikan negara. Terima kasih atas segala khidmat dan bimbingan selama ini.


      Selamat menjalankan tugas demi Agama, Bangsa dan Negara.


'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'


NORRULHUDA BT. MOHD YUSOF
Guru Media/Perpustakaan,
Sekolah Kebangsaan Panchor Merah.

Read more...

NILAM

NILAM atau 'NADI ILMU AMALAN MEMBACA' merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan disekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Perlaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Ia adalah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999 melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998 Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.

Objektif program ini adalah:-
• Merangsang Murid supaya banyak Membaca
• Menggalakkan sekolah terus menjana ide kreatif dan inovatif untuk diserapkan ke dalam NILAM.

Matlamat
Membina tabiat gemar membaca di kalangan individu.

Lagu NILAM
Membaca dan belajar , amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca, memberikan semangat
Membaca dengan jaya, budaya kita
Indah tabiat membaca, matlamat NILAM kita,
Ganjaran yang diberi, tidak terhingga
Jadi rakan pembaca, juga capai JAUHARI
Pembaca yang bestari, anugerah diberi
chorus
NILAM, NILAM, Anugerah NILAM
Menerangi jalan suram,
NILAM, NILAM, Anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya… 
Membaca dan belajar, amalan hidup mulia
Dengan tabiat membaca, matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali, pasti lebih berseri
Amalan membaca, menjana minda bestari
* Ulang chorus *
Amalan membaca, menjana minda bestari
NILAM ....

Read more...

PENGAWAS PSS

   MOHD FARAOQ                           MOHD NUR ALIF ANUAR                    MUHD HAFIZUL ZAKRI

   MUHD ZAINURI                                   NIK MUHD FAIZ                                    NOR HAZWANI

NORFATIHAH AISHAH                          NUR ARIENA HUSNA             NURHAZREEN ZULAIKHA

NURUL HUDA NAJAT                            NURUL NORAANI                        RAJA AFIZA SHUHADA

 RAJA NUR FATIHAH                                  SITI MARIAM                                  SYAHMI ZAKARIA


SYAZANI AIMAN               ZAMI NOR HAKIM

Read more...

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP