KATA-KATA ALUAN GURU MEDIA







Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Satu Malaysia.




      Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, kita masih diberi ruang dan peluang untuk meneruskan lagi tugas dengan penuh  ikhlas dan dedikasi ke arah pembangunan Pusat Sumber Sekolah(PSS).

      Sesungguhnya PSS merupakan sebuah agensi yang amat penting dalam sesebuah sekolah yang menyediakan pelbagai khidmat ke arah peningkatan proses P&P yang lebih berkesan. PSS juga membolehkan guru-guru mendapatkan maklumat dan menjadikan sumber rujukan ke arah peningkatan prestasi pelajaran dan pencapaian akademik.

      Kepada semua guru adalah diharapkan semoga dapat memanfaatkan kemudahan PSS yang ada dan kepada semua guru penyelaras bilik di bawah pengurusan PSS, saya berharap semoga segala usaha dan komitmen yang diberikan selama ini diteruskan lagi dan diperkasakan selaras dengan arus pembangunan pendidikan negara. Terima kasih atas segala khidmat dan bimbingan selama ini.


      Selamat menjalankan tugas demi Agama, Bangsa dan Negara.


'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'


NORRULHUDA BT. MOHD YUSOF
Guru Media/Perpustakaan,
Sekolah Kebangsaan Panchor Merah.

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP